(Video) Ainaa Amanda ‘Tanganmu di syurga anakku’


“Saya bersyukur dikurniakan seorang anak yang tabah. Walaupun dengan kekurangannya dan kadangkala dicemuh rakan sekolah, dia tetap teruja untuk bersekolah,” kata Habibah Hassan, 42, ibu kepada Ainaa Amanda Shahzali, 7, yang lahir tanpa pergelangan tangan kanan sejak lahir. 
 
Kanak-kanak itu kini menjadi perhatian selepas video perbualannya dengan ibunya itu di dalam kereta selepas pulang dari sekolah menjadi ‘viral’ di media sosial sejak Isnin lalu. Ainaa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh Tobiar, Pendang, Kedah teruja bercerita pengalamannya pada hari pertama persekolahan, termasuk mengadu ada rakan mengejek dia tiada tangan sebelum dipujuk ibunya dengan kata-kata semangat dalam video berdurasi tiga minit 23 saat itu. 
 
Ramai yang memuji semangat yang ditunjukkan Ainaa dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Habibah kepada anak kesayangannya itu.

Popular Posts

Funny Jokes